Borhan Aman Shah

Borhan bin Aman Shah (lahir 14 Mei 1962) ialah seorang ahli politik Malaysia dan kini berkhidmat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Tanjong Sepat. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bermula 17 September 2020.[1] Sebelum dilantik sebagai EXCO, beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.